Biasanya penulis akan berkunjung ke cawangan yang terletak di Seksyen 7 disebabkan sudah biasa dengan suasana di situ (orang kata kadang-kadang restoran francais ini rasanya lain-lain). Lokasinya terletak berhampiran dengan Restoran Hakim (baru) dan bersebelahan Vicchuda Tomyam. Sepanjang kunjungan penulis ke sini, restoran ini tidak pernah kurang bilangan pengunjungnya. Tak kira awal pagi ataupun lewat malam, pasti full house.
Terdapat pelbagai jenis makanan di sini, sama ada berkonsepkan makanan tempatan atau barat. Terpulang pada citarasa masing-masing. Untuk makanan tempatan, antara menu yang popular di sini adalah nasi ayam lemon, golden fried rice, katong laksa, nasi lemak dan banyak lagi.
Nasi Lemak Ayam Goreng (RM7.40) |
Spaghetti Bolognese with chicken meat ball (RM10.90) |
Untuk pilihan makanan barat pula, terdapat pilihan seperti spaghetti dan chicken chop. Spaghettinya agak banyak dan sos bolognesenya juga sedap. Harganya agak berpatutan.
Kampung Fried Rice (RM6.80) |
Antara kegemaran penulis, nasi goreng kampung. Dengan kuantiti hidangan yang banyak serta agak pedas, kebiasaannya inilah hidangan yang akan penulis minta bila berkunjung ke sini. Ditambah pula dengan permintaan tambahan seperti extra pedas dan juga cili potong menjadikan nasi goreng ini betul-betul kick.
Untuk minuman pula, jika ke kopitiam tidak sah jika tidak menikmati air kopinya. Berbanding white coffee, penulis lebih gemarkan traditional coffee disebabkan rasa kopinya lebih pekat. Selain itu, ice blendednya juga boleh dikatakan menarik untuk dicuba di sini. Cadangan penulis perisa tiramisu. Terdapat pelbagai jenis minuman di sini sehingga boleh rambang mata dibuatnya.
Kiri - Ipoh white coffee (RM2.50) Kanan - Ipoh traditional coffee (RM2.30) |