Waihi - Rotorua
Selepas selesai aktiviti kami di Waihi, kami meneruskan perjalanan ke lokasi yang seterusnya iaitu Agrodome. Agrodome merupakan lokasi yang wajib dikunjungi jika anda ke North Island.
|
Agrodome |
Agrodome merupakan ladang biri-biri (mini zoo pun boleh juga) yang paling terkenal di New Zealand. Terletak 10 minit dari bandar Rotorua, kawasan seluas 350 ekar ini dibuka setiap hari kecuali Krismas dari jam 830 pagi sehingga 5 petang.
|
Ladang biri-biri yang sangat cantik & luas |
Keunikan sebenar di Agrodome adalah pertunjukan biri-birinya atau lebih dikenali di sini sebagai Farm Show. Persembahan ini terhad 3 kali sahaja dalam sehari iaitu pada jam 9.30 pagi, 11.30 pagi dan juga 2.30 petang. Harga tiket untuk menyaksikan Farm Show adalah NZD36.50 (RM105) seorang. Agak mahal tetapi sangat berbaloi.
|
The Farm Show. Sangat menghiburkan! |
Rotorua - Taupo
Setelah selesai di Agrodome, kami meneruskan perjalanan ke Taupo. Taupo merupakan antara tempat yang paling banyak lokasi menarik untuk dikunjungi kerana lokasinya yang sangat dekat di antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.
Kami menginap di Hotel Quest yang terletak tidak jauh dari pekan Taupo. Dimiliki oleh rakyat Malaysia, hotel ini pada pandangan penulis sangat memuaskan hati kerana lengkap dengan dapur untuk memasak serta mesin basuh dan juga pengering untuk kemudahan pelancong seperti kami.
|
Quest Hotel, Taupo |
Kami memulakan perjalanan keesokan harinya ke Taupo Lookout Point. Di sini kami boleh menikmati pemandangan seluruh kawasan Taupo dan juga tasik yang terbesar di North Island iaitu Lake Taupo.
|
Pemandangan dari Taupo Lookout Point |
|
Si debot yang tahan sejuk |
Dari Taupo Lookout Point, kami meneruskan perjalanan ke Huka Falls. Tiada perkataan yang dapat digambarkan apabila melihat kecantikan alam ini.
|
Huka Falls |
Berdekatan dengan Huka Falls terdapat banyak tempat menarik lain yang boleh dilawati. Antaranya Huka Honey Hive dan juga Craters of The Moon.
|
Huka Honey Hive |
Di Huka Honey Hive, anda boleh merasai sendiri keenakan & kemanisan madu secara percuma, seterusnya boleh dibeli dan dibawa pulang untuk dikongsi bersama yang tersayang.
|
Antara madu yang dijual di sini |
|
Lebah comel! |
Tidak jauh dari Huka Honey Hive, terdapat kawasan pelancongan unik yang diberi nama Craters of The Moon (COM). Merupakan laluan geothermal untuk pejalan kaki, COM merperlihatkan landskap yang agak pelik tetapi menarik. Ianya seolah-olah dari dunia lain di mana terdapat banyak kawah yang menggelegak serta lohong/lubang panas di sepanjang laluan. Di sini, bayaran masuk adalah sebanyak NZD8 (RM23).
|
Peta COM. 45 minit berjalan kaki (gambar ihsan google) |
|
Craters of The Moon. Sejuk & panas dalam masa yang sama |
|
Sila patuhi arahan yang diberikan |
Seterusnya nantikan sambungan pada bahagian ketiga nanti.