Selepas mendaftar keluar dari hotel kami menginap di Taupo, terdapat cuma satu malam sahaja lagi untuk kami gunakan sebaik mungkin sebelum pulang ke Malaysia. Kami mempunyai 2 pilihan tempat untuk dikunjungi iaitu; Tongariro National Park ataupun Waitomo Caves. Kedua-duanya mempunyai jarak perjalanan yang lebih kurang sama iaitu dalam 1 jam 30 minit perjalanan, namun kedua-duanya berada di lokasi yang berbeza.
McD Taupo. Unik. Top 10 coolest McD in the world! |
Memang love sangat Taupo. |
Tongariro. Jauh tapi berbaloi. |
Walaupun kami sekadar menikmati pemandangan di sekitar Tongariro dan tidak masuk ke National Park yang dikhabarkan tersangat cantik, itu pun sudah memadai bagi penulis kerana pengalaman dapat melihat sendiri 3 buah gunung iaitu Mt. Ruapehu, Mt. Ngauruhoe dan juga Mt. Tongariro itu sendiri.
Tiada yang tidak cantik di New Zealand. |
Hari terakhir kami menetap di Hamilton. Perjalanan memakan masa 3 jam dari Tongariro. Dalam perjalanan ke Hamilton, kami sempat berhenti di Otorohanga untuk mencari cenderahati yang menarik. Namun rezeki tidak berpihak kepada kami kerana kebetulan hari itu merupakan cuti umum (Anzac Day). Jadi semua kedai di sekitar Kiwiana boleh dikatakan bercuti juga.
Untuk info, terdapat 2 jenis stesen minyak di New Zealand. Di bandar biasanya terdapat penjaga stesen minyak (tunai dan kad) yang akan membantu kita namun di kawasan luar bandar stesen minyaknya tiada pekerja. Jadi semuanya layan diri dan menggunakan kad sahaja (tiada tunai). Harga minyak di setiap kawasan juga berbeza-beza. Jadi pastikan kad anda diaktifkan jika ke sini.
Selama hampir seminggu di sini, boleh dikatakan hampir setiap hari kami memasak di rumah penginapan dan boleh dikatakan hanya 2 atau 3 kali sahaja kami makan di luar. Ini disebabkan harga makanan yang sememangnya agak mahal.
Anglesea Motel, Hamilton. Lengkap dengan jakuzi. |
Stesen minyak layan diri. |
Antara menu harian kami sekeluarga. |
Sumber tenaga penulis sepanjang perjalanan di sini. Murah & kenyang! |
Bagi penulis secara peribadi, setiap tempat di sini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Tidak kisahlah sama ada tempat itu dikenali ataupun tidak, asalkan ia di New Zealand; ia istimewa.