Wednesday, 28 January 2015

Breakfast @ Nando's

Pada hari minggu yang lepas, penulis teringin untuk mencari tempat bersarapan yang menarik. Isteri penulis mencadangkan supaya kami bersarapan di klia2 kerana terdapat pelbagai pilihan restoran yang menarik di sana. Setibanya kami di sana, kami memutuskan untuk bersarapan di Nando's. (penulis terfikir ketika itu; Nando's ada sarapan ke?)

Nando's di klia2 terletak di aras 3, bersebelahan dengan restoran Kenny Rogers Roasters. Setibanya kami di sini, suasananya masih lengang. Ini mungkin disebabkan hari yang masih awal pagi.
 
Santai + relax

Di Nando's, kami memesan Grenade Breakfast. Set ini mengandungi hirisan dada ayam grill, ham, roti ban, tomato, cendawan dan telur yang dimasak mengikut citarasa masing-masing (telur mata / scrambled). Untuk minuman pula, kami memilih iced chocolate.


Iced chocolate - RM8.90


Grenade Breakfast - Rm19.90



Antara sos yang menjadi pilihan

Terdapat pelbagai pilihan sos di sini, tapi antara yang menarik perhatian kami ialah garlic peri-peri dan extra hot peri-peri. Rasa garlic peri-peri agak pelik tetapi sedap. Extra hot peri-peri pula agak pedas dan agak masin tetapi jika digabungkan bersama sedikit sos tomato, rasanya akan menjadi lebih mantap.

Bagi yang sudah biasa bersarapan dengan makanan seperti nasi lemak, roti canai dan mahukan kelainan, Nando's adalah tempatnya. Hidangan yang sedap dan yang paling penting, mengenyangkan. Walaupun harganya sedikit mahal, tetapi jika inginkan sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaan, tidak salah untuk mencubanya sekali-sekala, kan..?

:)

No comments:

Post a Comment