Sunday, 10 May 2015

The Unsung Hero

Sebut sahaja kelab bolasepak Manchester United, pasti nama-nama yang akan disebut ialah Cristiano Ronaldo, David Beckham, Eric Cantona, Ryan Giggs ataupun Wayne Rooney.

Michael Carrick mungkin nama yang tidak asing bagi peminat Man Utd tetapi bagi peminat bola sepak global, Carrick bukanlah seorang yang berpengaruh atau terkenal seperti bintang bola sepak yang sedia ada.

Pada musim ini di mana usianya 33 tahun, nama beliau kini mula disebut-sebut berikutan prestasi yang pengaruh beliau yang jelas sangat penting di padang. Carrick sering dikaitkan dengan prestasi Man Utd musim ini yang tidak menentu di mana sepanjang penampilan beliau pada musim 2014/2015, Manchester United cuma kalah sekali sahaja.

Pemain yang dibeli dari Tottenham Hotspur pada 2006 ini dibeli berikutan kegagalan Alex Ferguson yang merupakan pengurus ketika itu untuk mendapatkan Owen Hargreaves dari Bayern Munich. Walaupun bukan pemain pilihan utama ketika itu, namun beliau berjaya mendapat tempat dalam kesbelasan utama.

Carrick bukanlah seorang pemain yang mempunyai larian pantas seperti Ronaldo ataupun seorang yang mempunyai kemahiran menggelecek seperti Messi. Beliau lebih kepada seorang general di dalam pasukan kerana fungsi beliau adalah untuk memulakan gerakan serangan. Visi dan hantaran beliau sangat mengagumkan biarpun ada ketikanya beliau dikritik kerana sering menghantar bola ke arah pertahanan (negative football).

Kebolehan beliau dalam posisi pertahanan tidak dapat disangkal lagi kerana beliau pernah bermain sebagai pertahanan tengah (centre back) pada 2012 di mana ketika itu semua pertahanan Man Utd dibelenggu kecederaan. Ketenangan dan kebolehan beliau membaca gerakan pihak lawan menyebabkan Man Utd tidak dapat dibolosi dengan banyak walaupun kekurangan pemain pertahanan.

Pada musim 2014/15, selepas beliau pulih dari kecederaan, Man Utd akhirnya mendapat momentum sebagai sebuah pasukan yang seharusnya digeruni. Posisi beliau sebagai defensive/holding midfielder membuka ruang kepada Ander Herrera melakukan serangan serta meletakkan Wayne Rooney di posisi terbaiknya. Serangan Man Utd menjadi lebih kreatif, permainan menjadi lebih menarik dan pertahanan yang lebih tersusun. Kemenangan ke atas Tottenham, Liverpool dan Manchester City membuktikannya.

Namun, situasi ini tidak bertahan lama. Memandangkan usianya sudahpun menghampiri 34 tahun, beliau kerap dibelenggu kecederaan. Kecederaan yang dialami beliau ketika menentang Manchester City menyebabkan Manchester United kalah 3 perlawaanan berturut-turut.

Memandangkan usianya yang menghampiri tempoh persaraan seorang pemain bola sepak, sudah sampai masanya Man Utd mencari pengganti beliau. Pemain yang pernah bermain posisi beliau seperti Daley Blind lebih effektif bermain sebagai pertahanan kiri (left back) dan Wayne Rooney pula lebih sesuai bermain penyerang.

Pandangan penulis jika ada pemain yang memiliki kombinasi kebolehan hantaran seperti Xabi Alonso dan keras seperti Nemanja Matic, maka pemain seperti itu memang patut menjadi pengganti Carrick.


No comments:

Post a Comment