Wednesday, 3 June 2015

Si Pengarang Hati

Untukmu yang disayangi,
Warkah ini khas untukmu dengan harapan kau tahu hanya kau yang memiliki hatiku. Aku bersyukur kerana bertemu kamu. Ketahuilah cinta ini datang dariNya, tiada daya untuk menghalang perasaan ini hadir kerana ia memang tercipta untuk menguji kita.

Buat si pengarang hati,
Kamu tahu betapa dalamnya rinduku padamu, lebih dalam berbanding cintamu. Aku pernah berjanji pada driku, aku tidak kisah siapa dirimu, aku akan tetap menyokongmu dan sentiasa di sampingmu. Aku ingin menghargai dirimu agar aku tidak menyesal tatkala roh dan jasadku berpisah.

Buat si pengarang hati,
Maafkan aku yang telah mencuri hatimu.
Maafkan aku yang telah merampas hidupmu.
Maafkan aku di atas ketidaksempurnaanku sebagai teman hidupmu.

Si pengarang hati,
Andai tamat perjalananku di sini, kenangan kita aku serahkan padamu. Terserahlah mahu menyimpannya atau tidak kerana bagiku itu sudah menjadi milikmu.

Terima kasih kerana menjadi pengarang hatiku. Sentiasa setia bersamaku dan menjadikanku coretan dalam diarimu agar aku bisa menjadi satu-satunya yang kamu perlukan bila saja kamu perlukan.

Selamat hari lahir. Semoga hidupmu diberkati dan mendapat rahmat Allah.


1 comment: