Untukmu yang disayangi,
Warkah ini khas untukmu dengan harapan kau tahu hanya kau yang memiliki hatiku. Aku bersyukur kerana bertemu kamu. Ketahuilah cinta ini datang dariNya, tiada daya untuk menghalang perasaan ini hadir kerana ia memang tercipta untuk menguji kita.
Buat si pengarang hati,
Kamu tahu betapa dalamnya rinduku padamu, lebih dalam berbanding cintamu. Aku pernah berjanji pada driku, aku tidak kisah siapa dirimu, aku akan tetap menyokongmu dan sentiasa di sampingmu. Aku ingin menghargai dirimu agar aku tidak menyesal tatkala roh dan jasadku berpisah.
Buat si pengarang hati,
Maafkan aku yang telah mencuri hatimu.
Maafkan aku yang telah merampas hidupmu.
Maafkan aku di atas ketidaksempurnaanku sebagai teman hidupmu.
Si pengarang hati,
Andai tamat perjalananku di sini, kenangan kita aku serahkan padamu. Terserahlah mahu menyimpannya atau tidak kerana bagiku itu sudah menjadi milikmu.
Terima kasih kerana menjadi pengarang hatiku. Sentiasa setia bersamaku dan menjadikanku coretan dalam diarimu agar aku bisa menjadi satu-satunya yang kamu perlukan bila saja kamu perlukan.
Selamat hari lahir. Semoga hidupmu diberkati dan mendapat rahmat Allah.
Wednesday, 3 June 2015
Sunday, 10 May 2015
The Unsung Hero
Sebut sahaja kelab bolasepak Manchester United, pasti nama-nama yang akan disebut ialah Cristiano Ronaldo, David Beckham, Eric Cantona, Ryan Giggs ataupun Wayne Rooney.
Michael Carrick mungkin nama yang tidak asing bagi peminat Man Utd tetapi bagi peminat bola sepak global, Carrick bukanlah seorang yang berpengaruh atau terkenal seperti bintang bola sepak yang sedia ada.
Pada musim ini di mana usianya 33 tahun, nama beliau kini mula disebut-sebut berikutan prestasi yang pengaruh beliau yang jelas sangat penting di padang. Carrick sering dikaitkan dengan prestasi Man Utd musim ini yang tidak menentu di mana sepanjang penampilan beliau pada musim 2014/2015, Manchester United cuma kalah sekali sahaja.
Pemain yang dibeli dari Tottenham Hotspur pada 2006 ini dibeli berikutan kegagalan Alex Ferguson yang merupakan pengurus ketika itu untuk mendapatkan Owen Hargreaves dari Bayern Munich. Walaupun bukan pemain pilihan utama ketika itu, namun beliau berjaya mendapat tempat dalam kesbelasan utama.
Carrick bukanlah seorang pemain yang mempunyai larian pantas seperti Ronaldo ataupun seorang yang mempunyai kemahiran menggelecek seperti Messi. Beliau lebih kepada seorang general di dalam pasukan kerana fungsi beliau adalah untuk memulakan gerakan serangan. Visi dan hantaran beliau sangat mengagumkan biarpun ada ketikanya beliau dikritik kerana sering menghantar bola ke arah pertahanan (negative football).
Kebolehan beliau dalam posisi pertahanan tidak dapat disangkal lagi kerana beliau pernah bermain sebagai pertahanan tengah (centre back) pada 2012 di mana ketika itu semua pertahanan Man Utd dibelenggu kecederaan. Ketenangan dan kebolehan beliau membaca gerakan pihak lawan menyebabkan Man Utd tidak dapat dibolosi dengan banyak walaupun kekurangan pemain pertahanan.
Pada musim 2014/15, selepas beliau pulih dari kecederaan, Man Utd akhirnya mendapat momentum sebagai sebuah pasukan yang seharusnya digeruni. Posisi beliau sebagai defensive/holding midfielder membuka ruang kepada Ander Herrera melakukan serangan serta meletakkan Wayne Rooney di posisi terbaiknya. Serangan Man Utd menjadi lebih kreatif, permainan menjadi lebih menarik dan pertahanan yang lebih tersusun. Kemenangan ke atas Tottenham, Liverpool dan Manchester City membuktikannya.
Namun, situasi ini tidak bertahan lama. Memandangkan usianya sudahpun menghampiri 34 tahun, beliau kerap dibelenggu kecederaan. Kecederaan yang dialami beliau ketika menentang Manchester City menyebabkan Manchester United kalah 3 perlawaanan berturut-turut.
Memandangkan usianya yang menghampiri tempoh persaraan seorang pemain bola sepak, sudah sampai masanya Man Utd mencari pengganti beliau. Pemain yang pernah bermain posisi beliau seperti Daley Blind lebih effektif bermain sebagai pertahanan kiri (left back) dan Wayne Rooney pula lebih sesuai bermain penyerang.
Pandangan penulis jika ada pemain yang memiliki kombinasi kebolehan hantaran seperti Xabi Alonso dan keras seperti Nemanja Matic, maka pemain seperti itu memang patut menjadi pengganti Carrick.

Tuesday, 10 February 2015
motoGP Rider 2015
Perlumbaan motoGP tahun 2015 akan bermula pada penghujung bulan Mac di mana lokasi pertama perlumbaan adalah di litar Losail, Qatar. Untuk info peminat di Malaysia, perlumbaan di litar Sepang akan berlangsung pada 25 Oktober nanti.
Setiap pasukan sedang berusaha sehabis baik untuk memberikan keputusan yang baik semasa perlumbaan nanti. Berikut merupakan senarai pelumba motogp untuk tahun ini.
NAMA | NOMBOR | NEGARA | PASUKAN |
Aleix Espargaro | 41 | Spain | Team Suzuki MotoGP |
Alex de Angelis | 15 | San Marino | Octo IodaRacing Team |
Alvaro Bautista | 19 | Spain | Aprilia Racing Team Gresini |
Andrea Dovizioso | 4 | Italy | Ducati Team |
Andrea Iannone | 29 | Italy | Ducati Team |
Bradley Smith | 38 | Great Britain | Monster Yamaha Tech 3 |
Cal Crutchlow | 35 | Great Britain | CWM LCR Honda |
Dani Pedrosa | 26 | Spain | Repsol Honda Team |
Danilo Petrucci | 9 | Italy | Pramac Racing |
Eugene Laverty | 50 | Ireland | Drive M7 Aspar |
Hector Barbera | 8 | Spain | Avintia Racing |
Jack Miller | 43 | Australia | CWM LCR Honda |
Jorge Lorenzo | 99 | Spain | Movistar Yamaha MotoGP |
Karel Abraham | 17 | Czech | AB Motoracing |
Loris Baz | 76 | France | Forward Racing |
Marc Marquez | 93 | Spain | Repsol Honda Team |
Marco Melandri | 33 | Italy | Aprilia Racing Team Gresini |
Maverick Vinales | 25 | Spain | Team Suzuki MotoGP |
Mike di Meglio | 63 | France | Avintia Racing |
Nicky Hayden | 69 | USA | Drive M7 Aspar |
Pol Espargaro | 44 | Spain | Monster Yamaha Tech 3 |
Scott Redding | 45 | Great Britain | Estrella Galicia 0,0 Marc VDS |
Stefan Bradl | 6 | Germany | Forward Racing |
Valentino Rossi | 46 | Italy | Movistar Yamaha MotoGP |
Yonny Hernandez | 68 | Colombia | Pramac Racing |
Mampukah juara 2014 ini mempertahankan kejuaraannya untuk tahun 2015? |
Untuk tahun 2015, pasukan Aprilia dan Suzuki kembali semula ke arena motogp setelah beberapa tahun menyepikan diri. Pastinya dengan kemunculan mereka akan menjadikan saingan untuk tahun 2015 semakin menarik. Sama-sama kita nantikan pada 29 Mac nanti.
Wednesday, 28 January 2015
Breakfast @ Nando's
Pada hari minggu yang lepas, penulis teringin untuk mencari tempat bersarapan yang menarik. Isteri penulis mencadangkan supaya kami bersarapan di klia2 kerana terdapat pelbagai pilihan restoran yang menarik di sana. Setibanya kami di sana, kami memutuskan untuk bersarapan di Nando's. (penulis terfikir ketika itu; Nando's ada sarapan ke?)
Nando's di klia2 terletak di aras 3, bersebelahan dengan restoran Kenny Rogers Roasters. Setibanya kami di sini, suasananya masih lengang. Ini mungkin disebabkan hari yang masih awal pagi.
Di Nando's, kami memesan Grenade Breakfast. Set ini mengandungi hirisan dada ayam grill, ham, roti ban, tomato, cendawan dan telur yang dimasak mengikut citarasa masing-masing (telur mata / scrambled). Untuk minuman pula, kami memilih iced chocolate.
Terdapat pelbagai pilihan sos di sini, tapi antara yang menarik perhatian kami ialah garlic peri-peri dan extra hot peri-peri. Rasa garlic peri-peri agak pelik tetapi sedap. Extra hot peri-peri pula agak pedas dan agak masin tetapi jika digabungkan bersama sedikit sos tomato, rasanya akan menjadi lebih mantap.
Bagi yang sudah biasa bersarapan dengan makanan seperti nasi lemak, roti canai dan mahukan kelainan, Nando's adalah tempatnya. Hidangan yang sedap dan yang paling penting, mengenyangkan. Walaupun harganya sedikit mahal, tetapi jika inginkan sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaan, tidak salah untuk mencubanya sekali-sekala, kan..?
Nando's di klia2 terletak di aras 3, bersebelahan dengan restoran Kenny Rogers Roasters. Setibanya kami di sini, suasananya masih lengang. Ini mungkin disebabkan hari yang masih awal pagi.
Santai + relax |
Di Nando's, kami memesan Grenade Breakfast. Set ini mengandungi hirisan dada ayam grill, ham, roti ban, tomato, cendawan dan telur yang dimasak mengikut citarasa masing-masing (telur mata / scrambled). Untuk minuman pula, kami memilih iced chocolate.
Iced chocolate - RM8.90
|
Bagi yang sudah biasa bersarapan dengan makanan seperti nasi lemak, roti canai dan mahukan kelainan, Nando's adalah tempatnya. Hidangan yang sedap dan yang paling penting, mengenyangkan. Walaupun harganya sedikit mahal, tetapi jika inginkan sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaan, tidak salah untuk mencubanya sekali-sekala, kan..?
:) |
Subscribe to:
Posts (Atom)