Di Malaysia terdapat dua cawangan adidas factory outlet iaitu di Summit USJ dan JPO. Jadi kepada peminat-peminat barangan sukan terutama jenama
adidas, bertempat di Summit USJ terdapat jualan murah bermusim (seasonal sale). Kita sememangnya sedia maklum bahawa barangan jenama adidas ini tidaklah begitu murah.
|
Separuh harga tu.. |
Disebabkan lambat mendapat info serta jadual kerja yang agak sibuk, kunjungan penulis baru-baru ini mendapati banyak barangan telahpun habis. Untuk mendapatkan diskaun 50% pada mana-mana barangan adidas, kita perlu membeli sekurang-kurangnya 3 jenis barang (tak kisah apa barang pun) dan secara automatik terus mendapat potongan separuh harga untuk ketiga-tiga barang tersebut. Menarik bukan?
|
Rambang mata dibuatnya |
Penulis sempat bertanya kepada salah seorang pekerja di situ mengenai stok baru. Mereka memberitahu bahawa mungkin stok baru akan tiba dalam waktu terdekat tapi tidak dapat dipastikan bila.
|
Ni belum diskaun lagi |
Menurut info yang penulis dapat, pada awalnya harga barangan yang ditawarkan adalah jauh lebih murah dari apa yang penulis lihat baru-baru ini (menyesal tak datang awal). Jualan ini tidak diketahui sehingga bila tapi rasanya mungkin sehingga hujung tahun ini.
No comments:
Post a Comment