Kunjungan ke Shah Alam baru-baru ini membuatkan penulis teringin untuk singgah sebentar ke sini. Terletak di Persiaran Alami, Seksyen 13 (berhampiran Hotel Good Hope), The Sumbs dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Ia dibuka seawal 12 tengah hari sehingga 11 malam.
Kunjungan kami ke sini mendapati konsep The Sumbs lebih kepada ala-ala café di mana terdapat dua pilihan tempat duduk sama ada di dalam (air-cond) ataupun di luar. Kami memilih untuk duduk di dalam memandangkan masih banyak tempat kosong (mungkin disebabkan hari bekerja).
Terdapat 2 jenis konsep makanan di sini iaitu makanan tempatan dan juga barat. Untuk makanan barat, boleh dikatakan kebanyakan menu proteinnya adalah ayam dan berkonsepkan deep fried. Untuk makanan tempatan pula, terdapat set nasi bersama pilihan seperti asam pedas ayam, kambing samah (nama orang ke ni?) dan juga dendeng daging.
Pilihan kami untuk hari itu ialah chicken milanese & chicken parmigiana. Kami juga turut memesan hidangan yang cukup terkenal di sini iaitu churros.
Churros - RM4.90 |
Mesti cuba! |
Chicken milanese - RM11 |
Chicken parmigiana - RM15 |
Suka Sucre |
Memandangkan penulis seorang penggemar daging kambing, sebelum pulang kami membungkus set kambing samah (RM8.50) dan juga churros. Set kambing samah ini disertakan bersama nasi (ala-ala nasi ayam) dan juga papadom. Rasa kambing samah di The Sumbs adalah lebih kepada kari di mana daging kambingnya agak lembut serta kurang bau hamis.
Churros pula jika terasa ingin membawa pulang, sejujurnya penulis menasihatkan agar lebih baik ia dimakan terus kerana apabila ia sudah sejuk, rasanya menjadi seakan-akan rasa cakoi.
Jadi, jika anda berada di Shah Alam dan mahukan makanan barat atau tempatan yang murah serta mengenyangkan, The Sumbs adalah tempatnya. Untuk makluman, makanan di sini tidak dikenakan sebarang tax. Terdapat juga kemudahan surau di tingkat 4 bangunan yang sama.
No comments:
Post a Comment