Sebut sahaja mengenai mee udang, pasti banyak tempat yang bermain di fikiran penulis. Kuala Sepetang, Bagan Nakhoda Omar (BNO) dan banyak lagi tempat yang dirasakan menarik untuk dikunjungi.
Baru-baru ini dalam perjalanan pulang dari Lumut menuju ke Klang, penulis tertarik dengan sebuah signboard
Warung Mee Udang Banjir yang terletak di Tanjung Karang, Selangor. Jika anda dari Klang ke Kuala Selangor, warung ini terletak di sebelah kiri betul-betul bersebelahan dengan masjid.
|
Signboard besar dan jelas |
|
Mee udang banjir (RM8) |
Menu yang pertama untuk hari itu sudah semestinya mee udang. Rasanya seakan-akan mee jawa. Tapi apa yang pasti udangnya sangatlah besar dan memuaskan hati sesiapa yang meminati makanan laut ini. Terdapat 3 udang saiz sederhana dan 1 udang bersaiz besar untuk satu hidangan ini. Harganya pula boleh dikira berpatutan.
|
Nasi goreng udang (RM6) |
Penulis juga mencuba nasi goreng udang. Rasanya agak biasa sahaja tetapi sama seperti mee udang, nasi goreng ini keistimewaannya terletak pada udangnya. Agak malang buat penulis kerana nasi goreng yang dihidangkan mengandungi hidangan istimewa iaitu lalat (setelah beberapa suapan, itupun isteri penulis yang perasan). Walaupun digantikan dengan yang baru setelah dikomplen, tetapi persaan trauma itu tetap ada.
Secara peribadi penulis lebih menggemari mee udang di BNO kerana rasanya yang lebih sedap dan kuantiti udang yang lebih banyak walaupun tidak sebesar udang di sini. Keseluruhannya rasa makanan di sini ok manakala layanan pula agak biasa sahaja.
udang yg super besarrr !
ReplyDeleteyup, siapa yang suka udang mesti suka tempat ni..
Delete